Thursday, October 20, 2011

BILA SAYA MENANGIS :(


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

*copy paste dari teman jugak..hehe

*sakit bila mencintai seseorang tetapi cinta kita tidak dihargai..

*lagi sakit kalo mencintai dalam diam..ibarat menahan kentut untuk dilepaskan:P

(empunya blog_hati telah dikunci rapat :P)

Sunday, October 16, 2011

Dear Ex :)


happy sunday olls!!
pssstt..kite ada jumpa satu terjumpa satu gambar yang agak menarik dari facebook kawan...
so..kita "kopi peng" ajelaa..
buat yang penah ade sejarah putus cinta jom kita tengok pict nie :)



coolkan?? :p
mesti korang ada sejarah kan pasal clash nie??
block ex bf/gf korang daripada view facebook korang..
untuk privacy konon2 la kan..hehe
terpulanglah kepada individu tersebut ..kalau rasa itu yang terbaik..why not kan?
HAVE A NICE DAY!!

Friday, October 14, 2011

apa itu CINTA?


CINTA?? apakah itu cinta..setiap org mempunyai definasi yang berbeza untuk mengungkaikan maksud CINTA.


definisi cinta : menurut daripada sumber http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/definisi-cinta/

1. Cinta itu KOMITMEN.

Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.

Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)

2. Cinta itu intuitive: NALURI.

Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.

Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH

Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.


bagi aku cinta tu apabila ::

  • merasa dahulu minuman sebelum kita memberi si dia minum
  • sanggup memotong kuku walaupun tangan terketar2.. :)
  • sanggup belajar menu kegemaran si dia walaupun tak pandai masak.
  • bangun tengah2 malam semata2 reply msg si dia..walaupun dah mengantuk tapi cakap tak mengantuk :P
  • tak tentu arah bila tiada khabar dari si dia..(tiada msg/call)
  • angau atas katil..senyum kambing sorang2...
  • tengok gambar dia berulang kali tanpa jemu walaupun gambar tu just nmpak mata je :D
  • apabila aku sanggup share pizza dengan dia :D
  • wajib view facebook dia setiap kali log in :)
  • susah hati bila sedia cakap tak sihat..walaupun just demam je :p
  • and yang paling penting..... bersungguh2 got to know every inches about him/her!!!

ada ke lelaki suka teddy bear??

oppss!!! lelaki suka teddy bear??ada ke?? hmmm =.="
korang jangan terkejut tau..memang ada lelaki suka teddy bear. termasuk la my MEB..eh lupa nak gitau korang masa post yang lepas..mesti korang tertanya apa MEB tu kan..ok, MEB tu singkatan daripada ( My Encik Boolat) heheh..jadila MEB. masa mula2 kenal MEB nie terkejut jugak la bila tau dia ade teddy bear besa.Nama teddy bear dia tu MOMOT tau..comel kan..hehe..
masa tu dia selalu bercerita pasal momot..aku confius..sapa la momot tu..??rupanya teddy bear dia!hahaa..korang jangan terkejut..momot nie siap ada berpasang2 baju tau..siap tukar2 lagi..dengar2 kata la kan, orang lelaki suka teddy bear nie manje miowww2 gituu..kesahihan nye aku tak pasti la.. nie sedikit info aku ceduk dari blog mane tah :)

LELAKI MANJA :

-Jangan terkejut kalau ada lelaki yang suka teddy bear. Terutamanya yang manja dan berjiwa sensitif. Bagi mereka memeluk teddy bear terutamanya yang bersaiz besar boleh diumpamakan seperti memeluk si buah hati. Paling kurang pun patung tweetie.haha! comel je..macam perempuan!


nak kenal dengan momot tak??


bila tengok gamba nie terasa nak je lempang laju2 si momot..asal comel sangat ha?hehe


momot tengah teman papa study masa final exam..tapi papa plak stado :P


Tragedi 29 mei 2011

salam to all readers...tarikh ni merupakan tarikh keramat bagi aku kerana tarikh ni la aku telah melalui satu pembedahan. sungguh berat melalui semua ni setelah doktor mengesahkan aku mempunyai masalah buah pinggang..and yang paling sedih, doktor cakap 1 of the kidney tu macam dah tak function langsung. Tapi hati nie msti kuat nak berhadapan dengan family, jauh skali nak menangis depan diorang sebab tak nak bagi dorang risau. Hati nie tetap runsing, sebab aku dah tak boleh nak beraktiviti lasak macam dulu2..Semuanya dah terbatas. Tapi tak pe..nie semua ujian dari Allah..Aku terima :)



nie 1st time turun dari katil selepas 3 hari. Itu pon sebab kene paksa dengan doktor.hehe


nie urine beg. kene pakai hampir 2 bulan jugak la..kene bawak menda nie kehulu-kehilir..but sebelum tu kene tebuk kidney dulu..ngerikan?


sampai sekarang terasa ngilunya..sapa2 yg lemah jantung tu dinasihatkan jangan tengokla gamba nie..hehe ..korang jaga kesihatan tau..jangan jadi macam saya :(


sedikit coretan masa nk ke dewan bedah tu :)
  1. 29 mei 2011 : pukul 8.30 pagi dah kene tolak masuk dewan bedah..time tu tengah duk syok2 lagi sms dgn MEB ..tiba2 nurse datang suruh tukar baju.memang kalut sangat time tu..jantung nie macam nak pecah kot..grrrr
  2. MEB ada call..tapi tak sempat nak cakap banyak..sebab dah kena sound dengan nurse nak pergi dewan bedah..sayu gile time tu bile cakap dgn MEB.
  3. doctor suruh salam dengan parents time tu sebelum dorang tolak aku masuk ke bilik bedah..time tu my mom dgn my dad, dah rabak dah menangis..tpi aku nie tetap tahan..tau kenapa?sebab nurse dah bagi ubat penenang , sebab tu boley jadi cool kot.hehe :)
  4. kat dalam sana tak yah cakap la..sejuk gile! rase macam duk kat genting pon ada..mulut nie kumat kamit bace sume doa..tak lupa mengucap khalimah syahadah kot2 lepas nie tak dapat tengok dunia lagi dah :(
  5. time2 tu teringat kat MEB..kalo pape jadi kat aku, sape nak sampaikan berita?family aku tak tau pasal aku dengan MEB nie. risau takot tak dapat jumpe awak lagi tau MEB..hmm saya sayang awak MEB...sangat2!
  6. kalo korang pernah ada experience, dewan bedah memang ngeri gile kan?? bunyi machine2..pisau, gunting sume tu..adoii..macam nak ke tali gantung pon ada
  7. pukul 1.30 aku keluar dewan bedah..time tu sedar x sedar sangat.sedara mara ramai yang datang..kedengaran suara dorang menangis tengok keadaan aku. dorang cakap keadaan aku teruk sangat lepas pembedahan..bleeding teruk! tapi aku xsedar sangat.yang aku tau aku menangis sebab kesakitan..ubat bius habis.hahaha
  8. malam tu bru sedar.tapi sakit teramat sangat..ada msg dari MEB, sory MEB..tak dapat nak reply..time tu lemah sangat..